THE WEDDING PHOTOGRAPHER | UDEYISMAIL|

By: udeyismail Wedding Photojournalist

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 17-May-2007 12:14 Email | Share | Bookmark
Aku rindu sangat kat hampa semua nie

 


my nephew Wan Nurul Aida Husna,Wan Mohd Khusairi ,Amirul & Najmi all image taken by : udeyismail

Story about family
Rindu gila nak jumpa semua family aku. dah lama aku x balik kampung last aku balik raya haji yang lepas..nak gak tolong ayah p bendang nak gak tengok anak buah kat kampung.. kat kl nie aku x de langsung adik beradik yang terdekat yang ada pon semua jauh2. Ingat aku lepas aku habis blajar aku terus datang KL sebab nak cari keje.. first keje yang aku buat mase aku sampai kl aku keje kat pam minyak PROJET serdang yang kat tepi highway.. lama gak laa aku keje kat situ. nak x nak aku laa keje sementara dapat keje yang betul2 sesuai dengan Kelulusan aku nie. Mula Mak ayah suruh keje kat kedah teringin laa nak keje kat kedah mula2.. pikirkan peluang keje kat sana memang susah.. lagi pon anak-anak muda kat kampung mana laa nak keje kat sawah semua nampak KL jek dalam hati.. memandangkan aku ade adik lelaki,aku banyak pesan kat dia blajar elok2 kadang pesan suruh tolong tengok mak dgn ayah.. tolong ayah buat keje. Ayah dah berumur tapi yang buatkan adik beradik respek dengan ayah dia memang aktif dengan aktiviti politik dengan kebajikan kat sini aku sebagai anak ucapkan Tahniah buat ayah yang baru dianugerahkan Tokoh UMNO negeri kedah.. ayah orang lama dalam UMNO banyak jasa dia. Sebagai Penghulu aku respek dengan ayah, dia jaga semua kebajikan penduduk.. sebelum aku lahir lagi sampai laa sekarang Jawatan Penghulu dia pegang. Ayah banyak bawak kampung aku nie lebih maju, yang lepas kampung aku nie dapat anugerah kampung tercantik dikedah. Insyallah kita aku akan balik nanti dah lama x cium tangan ayah & mak rindu sangat2. Tumpang ayah & mak ade lagi kita jenguk2 laa diorang.

Dulu ayah susah cari rezeki untuk besarkan family kitorang maklum laa adik beradik 9 orang semua..nak tampung belanja sekolah semua semua anak.. akak sulung terpaksa tamatkan sekolah dalam tingkatan 6, akak dapat result bagus dengan result tu akak boleh g sambung blajar pikirkan pasal adik beradik akak terpaksa lupakan hasrat dia nak sambung blajar. Akak pilih jalan untuk tolong Ayah sara adik beradik.. Sekarang hidup kami dah senang syukur dengan ALLAH bagi rezeki dalam keluarga kami yang besar nie.. aku dibesarkan bukan dalam kalangan orang yang berada.. dan aku tau asal usul aku datang biar pon asal keturunan kami nie kalangan orang besar. Terima kasih Buat Ayah dan Mak membesarkan semua kami adik beradik.. Jasa dan kasih sayang ayah & mak akan kami kenang sampai mati.. untuk mak saya ucapan selamat hari ibu.. masa hari ibu buatkan aku menagis.. untuk semua viewer yang x pernah berganjak dari fotopages nie terima kasih

Sekali lagi aku ucapan terima kasih buat HJ WAN ISMAIL BIN WAN TEH & HAJAH SALBIAH BIN HJ ABDUL RAHMAN dan x lupa buat Wan Nazmiah,Wan Rosliza,Wan Zulaikha,Wan Masitah,Wan Nazirah,Wan Husbullah,Wan Noraini,Wan Ubaidillah dan semua kaum kerabat kami

Daripada : Wan Salahuddin B Wan Ismail (udeyismail)



UDEYISMAIL
Senior Photographer
Candid Syndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel / Fax 03-80766878 / 012-2723510
udeyismail@yahoo.com
Http://www.udeyismail.com
YM : student_critical


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net