THE WEDDING PHOTOGRAPHER | UDEYISMAIL|

By: udeyismail Wedding Photojournalist

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 2-Jul-2007 20:26 Email | Share | Bookmark
Aiman



Kisah Aiman

Aiman duduk di rumah anak-anak yatim Al-hafiz nie dah 5 tahun dari kecik di sebalik muka dia kita dapat faham apa isi hati aiman. Waktu kami sampai di Rumah Anak-anak Yatim Al-Hafiz nie first sekali saya nampak Aiman awal-awal pagi bangun basuh kasut sekolah sorang-sorang,saya pegi dekat tanya dia " Adik kenal lagi x abang" dalam malu-malu dia dia cakap dia kenal lagi.. sebelum tu saya pernah datang kat situ. Nasib Aiman sama dengan budak-budak lain yang duduk kat situ kena tinggal dan orang kampung yang hantar Aiman kat situ, Orang kampung bagitau mak long yang mak Aiman dengan bapak dia serah Aiman kat Mak long 100% Mak bapak dia dah buang dari keluarga,lakar belakang Aiman sorang anak yang lahir sebelum perkahwinan (paham-paham jek laa) nak diikutkan memang x patut mak bapak dia buat mcm tu..dia pon manusia biasa gak.. lahir pon sebagai hamba Allah. Tak semestinya anak yang lahir dengan cara salah akan keluar dengan cara yang salah.

Sebelum Aiman sampai kat rumah tu mak long bagitau dia kena dera habis satu badan bengkak,sebelum nak biasa dengan keadaan rumah anak-anak yatim tu.. Perangai Aiman nie pelik suka main sorang-sorang x nak campur dengan orang lain kalau bercampur sure dia akan gaduh dengan budak2 lain. Mak long cakap Aiman dari dulu sampai sekarang dia still lagi trauma dengan apa yang mak ayah dia buat, Sebelum tu Mak long x leh tinggalkat Aiman duduk sorang-sorang kat rumah sbb sebelum tu ade benda yang pernah jadi kat dia, Mak long bagitai dulu mase Aiman kecik-kecik selalu kena kurung dalam rumah sorang-sorang hari-hari pulak tu n mak long pon x pasti apa lagi yang mak ayah dia buat kat dia sampai dia benci sangat bila sebut nama mak dengan ayah nie.. Bayangkan laa mcm mana perasaan dia. Mak long suruh saya tanya Aiman,"Aiman nak balik kampung x" dengar jek balik kampung terus dia geleng kepala dengan muka takut dia.. hebat jugak trauma Aiman. Sekarang nie mak long dah jaga dia macam anak mak long sendiri, Dari segi blajar kat sekolah mak long cakap antara murid pandai kat sekolah. Tak dapat bayangkan macam mana masa depan Aiman nanti.. harap Allah akan tunjukkan jalan yang terbaik bagi untuk Aiman. next story insyallah Amira, Amira nie dia sorang jek budak perempuan dalam 45 orang pelajar kat Rumah tu.. Nak tau citer pasal Amira nie kena tunggu satu-satu laa k


*thank you Shamsharin & Rahmanroslan teach me photojournalism & photo documentary*


UDEYISMAIL
Writer & photographer

OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net