THE WEDDING PHOTOGRAPHER | UDEYISMAIL|

By: udeyismail Wedding Photojournalist

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 4-Oct-2007 17:42 Email | Share | Bookmark
aku dan amira

hidden
where are my shoes
smile
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

running photographs by : udeyismail




alone photographs by : udeyismail

listen this song :

"Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

( korus )
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan"


Ingat tak korang dengan lagu kat atas tu.. sambil mengarang citer sambil layan dengan maksud yang disampaikan dalam lagu tu.. kadang ingat balik zaman kita budak-budak dulu.. dari kita kecik sampai laa kita dah besar.. memang x dapat lupa apa yang kita pernah lalu sebelum dan selepas.. bagi aku beruntung sebab masih lagi ada mak dan ayah nak dibandingkan diorang kat luar sana yang dah x de sesapa dalam dunia nie.. lagi buat sedih langsung x pernah tengok muke ayah dan mak.. x dapat kasih sayang dari dua-dua.. aku masih beruntung dilahirkan dalam satu keluarga yang bahagia walaupun bukan dari golongan orang berada. Ayah banyak ajar pasal susunan perjalanan hidup.. bukan kaya tapi kita bahagia.. Tuhan dah tentukan rezeki tu adil dan kalau ade kekurangan mesti ada jalan usaha.. dan yang kaya tu patut bersyukur. x dapat kasih sayang dari dua-dua mak dan ayah..bayangkan semua perkara kena tanggung sendiri, baik gembira atau sedih...yg paling rapat mungkin kawan2..tapi nie semua tak sama bila berkongsi dgn mak dan ayah sendiri.. perasaan aku cukup sayu pikirkan nasib sesetgh drp kita yg kurang bernasib baik dari segi kasih sayang mak ayah dan keluarga sendiri..perjln hidup diorang jauh lebih mencabar nak dibandingkan dgn kita w/pun kadang2 kita selalu pikir diri sendiri paling bermasalah.. Zaman kita x sama dengan zaman yang kita lalu sekarang banyak berbeza disebabkan peredaran arus zaman.. Teringat dulu awal pagi ayah hantar ke sekolah dengan berbekal 50sen satu nilai yang paling kecik bagi kita sekarang.. dengan 50sen tu jugak laa kita berjaya..kalau sekarang nilai macam tu apa yang kita boleh beli kat sekolah nak minum air manis pon x lepas..balik sekolah ayah x dapat jemput terpaksa jalan kaki balik ke rumah dalam 20 km .

Semalam Jumpe Amira saya betul suka sangat bila tengok amira senyum comel bila nampak saya dia senyum lepas tu nyorok muka kat sebelah tiang.. hari tu saya ade belikan baju kurung untuk amira bagi saya biler tengok baju kurung tu memang sesuai untuk amira pakai untuk hari raya.. memandangan amira sorang jek budak perempuan kat Umah tu.. ambik keputusan nak hadiahkan dia baju kurung dalam hati kalau hadiahkan amira baju mesti dia suke.. bila dah kat chenderung balai.. seronok amira memain dengan nisa (anak akak azah) aku panggil dia “Amira mai sat”.. bila amira datang kat saya time tu jugak saya cakap “amira nak baju baru tak ?.. senyum.. dia nak laa baju baru.. Bila saya keluarkan baju terus bagi kat depan dia.. “nah nie baju abg udey bagi kat mira.. try pakai tengok.. bila dia ambik jek baju tu.. dia macam terdiam sekejap sambil tengok muke saya.. nampak muke amira merah menyala.. alahai time tu saya betul2 tersentuh bila amira menangis depan mata saya sendiri.. meleleh air dua-dua belah mata dia.. amira terus masuk bilik.. time tu jugak perasaan sebak tu datang dengan secara tiba2.. bayangkan benda nie jadi pada korang semua dan apa yang korang rasa bila sorang budak perempuan menangis macam tu.. dalam x lama tu.. mira keluar dari bilik saya Tanya dia muat ke tak baju yang saya belikan tu.. dia cakap ok tapi longgar aaa sikit.. boleh laa pakai.. dia cakap “abang udey terima kasih banyak2 sambil cium tangan saya.. Amira macam adik saya.. . Saya Tanya amira bila kampong x raya nie.. dia cakap x tau lagi balik ke x tunggu mak datang ambik..saya Tanya amira lagi “kalau mak x datang” amira raya laa dengan mak long kat KL kesiannya.. “kalau amira balik kampong amira nak jumpa sape?.. amira cakap “amira mula2 skali nak g tengok kubur ayah” aduhhh ya Allah sedihnya.. kisah hidup amira.. dia hilang kasih sayang ayah dia dari kecik lagi.. dan ayah amira meninggal kat depan mata dia sendiri disebabkan kemalangan kat kedah dulu.. Amira sampai tercampak ke depan.. Alhamdulilah Mungkin Allah masih sayangkan amira.. Mak amira x dapat nak jaga dia sebab atas desakkan hidup amira terpaksa mak long jaga.. kalau kita tengok muka amira.. amira mcm banyak pendam apa yang dia rasa Cuma x semua dapat dia kuarkan.. Saya Tanya dia lagi “kenapa amira nagis?” dia diam jek.. saya sempat pesan kat amira kalau dah besar nanti jangan lupa mak long dan jangan lawan apa yang mak long cakap.. Insyallah ..hajat saya, suatu hari nanti saya nak tgk amira berjaya dan gembira dlm apa pun perkara dan pekerjaan yg dipilih......mungkin pertolongan saya tak seberapa, tapi sekurang2nya dpt bagi cahaya harapan pada anak kecik nie..hajat saya, nak tgk amira berjaya dan gembira dlm apa pun perkara dan pekerjaan yg dipilih...

Insyallah saya akan teruskan kerja-kerja amal disampai bila2 dan kalau ade kekurangan saya akan betulkan untuk masa-masa akan datang. Dan jika umur saya panjang dan diberi rezeki saya nak tubuhkan Yayasan Insan Satu hari nanti.. Doakan saya semoga hajat dan cita2 nie termakbul

UDEYISMAIL
Senior Photographer
Candid Syndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel / Fax 03-80766878 / 012-2723510
udeyismail@yahoo.com
Http://www.udeyismail.com
YM : student_critical

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net