THE WEDDING PHOTOGRAPHER | UDEYISMAIL|

By: udeyismail Wedding Photojournalist

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 8-Oct-2007 18:46 Email | Share | Bookmark
Masih ada yang sayang

the first duty
aiman
basuh
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

anak yang kecil yang mempunyai kisah perit yang dipendam aiman & sapex photographs by : udeyismail

Masih ada yang sayang

Alhamdulillah ada lagi insan yang masih berdamping dengan adik kecil nie.. rupa paras comel dan pendiam.. kurang rapat dengan kawan-kawan yang lain..suke jalan sorang tu laa perangai aiman dari mula saya pegi ke rumah tu.. sampai laa kali ke-3 saaya kembali ke tempat tu.. aiman x banyak bercakap kalau kita Tanya dalam 2,3 patah jawapan yang keluar dari mulut dia.. bila ditanya lagi.. perasaan malu dia datang.. bila habis bercakap dengan saya.. dia terus pegi kat belakang rumah.. kawan tempat dia main mira laa.. dengan budak2 lain pon dia kurang bercampur sangat dan x boleh duduk lelama dengan budak2 lain.. sebelum nie mak long ade cakap aiman mmg x boleh bercampur sangat dengan budak2 lain.. mesti akan bergaduh tapi sekarang dia dah ok.. mungkin trauma yang dia lalu dulu still lagi kuat sampai x leh lupa apa yang dia ingat.. bila nak main je mesti dengan amira . Tengok gelagat budak-budak lain yang suke mengejek aiman “aiman anak mak long, Mak long sayang aiman” dalam hati saya memang aiman patut terima kasih sayang dari mak long sebab aiman dah x de sesapa lagi dalam hidup dia kesian pulak mak long . Mak long pernah cakap kalau la mak long x de nanti sapa la yang nak jaga aiman ajal maut ditangan tuhan.. sebelum nie saya pernah citerkan pasal aiman pada semua.. trauma aiman masih lagi kuat dalam ingat dia bila kita Tanya dia “Aiman x mo balik kampong ke” dari wajah senyum bertukar menjadi masam bayangkan laa ape trauma yang paling hebat yang pernah dia lalu sebelum dia sampai kat rumah tu.. kesian aiman bila saya tengok tangan dia kudis penuh kat tangan tergaru sana sini bila saya Tanya “aiman tangan ken ape tu?” aiman bagitau sakit kulit sebab jangkit dengan kawan-kawan lain.. sebelum nie semua budak dah kena kali nie aiman terkena pulak.. aiman duduk dengan mak long dah lama dari umur sekolah tadika lagi.. dulu sebelum sampai lagi laa pelik perangai dia “ Tanya jek pasal rumah dia dengan kampong aiman mengamuk x berenti2 balik apa yang ade dekat dia.. Mak long cakap ade benda yang buat dia x suke sangat bila Tanya pasal kampong dia dan dia serik nak balik. Mengikut cerita yang keluar dari mulut mak long, aiman kena dera dengan mak ayah dia.. aiman kena kurung dalam rumah sorang diri dari pagi sampai laa petang, aiman memang x boleh duduk dalam rumah sorang2 bila dia duduk rumah sorang2 silap hari bulan menjerit mcm orang sakit.. mungkin dia ingat apa yang dah kena pada dia.. sebelum nie saya memang x pernah tau pasal parut kat belakang aiman..kesan calar yang teruk dan mak long bagitau dan suruh saya pikir ape yang ade kat belakang aiman “ Ya allah teruknya kesan perut aiman” pikir laa apa yang kena pada Aiman

Aiman dapat perhatian dari jiran2 dengan saudara dia.. bila tengok aiman macam tu jiran dengan saudara dia bawak aiman ke rumah tu.. dan mak dan ayah aiman 100% serahkan pada mak long. Kejam betul mak dengan ayah macam tu.. x sayang kan anak-anak dan tergamak lagi buat anak mcm tu x bersyukur dengan anugerah tuhan.. disebabkan apa yang dibuat oleh mak ayah aiman buat aiman lagi benci dengan diorang. Kisah Aiman lagi teruk dari adik-adik yang lain.. bagi aiman dia dah x de sesapa lagi dalam dunia nie.. kalau laa aiman dah besar apa yang dia akan rasa sebelum apa yang pernah di lalu.. untuk terima mak dan ayah dia memang susah.. kadang2 Kuasa tuhan tu maha adil kalau betul aiman masih terima mak dan ayah dia mungkin dia akan cari balik aiman dan kalau mak dan ayah dia still lagi ingat dia mungkin diorang akan cari balik aiman. Aiman datang dari kisah reality rakyat dan aiman datang dari hasil hubungan sebelum perkahwinan.. biar dari mana aiman datang aiman berhak diberi tempat yang sempurna,aiman dilahirkan cukup sempurna dan patut dilayan dan diberi kasih sayang sama rata,aiman bersih tanpa dosa yang patut disalahkan mak dan ayah aiman. Hari Raya kali ni bermakna sebab Aiman masih lagi ade Mak long, Mungkin buat masa nie Aiman belum lagi rase sambut hari raya dengan keluarga mungkin satu hari nanti Aiman aku tempuh perasaan sama dengan semua orang.. Terpaksa menumpang kasih dengan mak long.. Beraya bukan ditempat lahir sendiri mungkin satu perasaan yang sedih tanpa saudara mara.. berikan harapan dan semangat untuk aiman untuk teruskan hidup supaya tabah menghadapi segala liku-liku hidup

Alhamdulillah Dari Segi Pendidikan Agama mahupun dunia aiman x pernah abaikan apa yang dia belajar di rumah mahupun disekolah.. Rekod kecemerlangan aiman boleh dibanggakan cerdik pandai tu laa hasil dia.. boleh menghafaz Al-quran salah satu kelebihan Aiman. Terima kasih Mak long kerana masih lagi sayangkan aiman jaga Aiman dengan baik..




Minta maaf kalau ade silap saya bukan penulis atau pengarang, citer nie keluar dari isi hati dan saya menulis mengikut hati http://www.flickr.com/photos/udeyismail



UDEYISMAIL
Senior Photographer
Candid Syndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel / Fax 03-80766878 / 012-2723510
udeyismail@yahoo.com
Http://www.udeyismail.com
YM : student_critical

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net