Want your
own Fotopage?






 
THE WEDDING PHOTOGRAPHER | UDEYISMAIL|

By: udeyismail Wedding Photojournalist

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 18-Feb-2008 19:52 Email | Share | Bookmark
Travel blog : Kuala Lumpur -hatyai - Bangkok








Perjalanan Sebagai sorang bag packers nie bukan laa senang.. dalam perjalanan kami di thailand tu banyak yang kami blajar cara hidup.. waktu dalam keadaan susah.. hilang arah dan mcm lagi laa.. pepun tu semua x patahkan semangat untuk terus sambung perjalanan kami.. banyakkan dari KL sentral ke Hatyai ambik masa yang lama dekat2 10 jam perjalanan.. boleh dikatakan boring biler duk melepak dalam gerabak.. punya laa boring.. dari hujung gerabak sampai laa ke hujung gerabak.. abis dah boring sangat-sangat.

Masa Kami di Hatyai x lama.. kalau diikutkan jadual perjalanan kami akan bersambung ke bangkok pulak. Kalau nak ke bangkok terpaksa ambik train yang lain.. ari tu plak nasib kami x berapa baik tiket train habis, katanya new year org sibuk nak p bangkok.. bermalam laa kami kat Hatyai.. Di hatyai boleh dikatakan byk tempat yang best aa.. sllnya kalau orang malaysia ke hatyai sbb nak shopping barang.. dipendekkan citer. tak pernah2 aku rasa naik moto 3 orang keliling pekan hatyai.. berapa jauhnya kami jalan.. yang paling best dan kelakar x pakai helmet.. ade plak mamat siam nie cakap.. kalau polis tahan dia ade "power" power laa sangat laa kan.. ayat last dia bagi kalau polis tahan "you pay" rasa mcm nak sekeh jek kepala mamat tu.. sakit kaki aku terpaksa kongsi tempat pijak dengan mukhriz.. dah puas pusing hatyai.. kami nak balik ke hotel utk ke train .. sbb ptg tu kami kena tolak ke bangkok.. dalam perjalanan balik tgh layan naik moto 3 orang.. ade bunyi kuat kat tayar.. alamak tiup bocor plak.. mcm2 hal laa.. dah repair selamat gak kami balik ke hotel.. Pukul 6 kami dah bergerak ke bangkok dengan bas .. dalam bas tu plak ade uncle india dari KL punya x mo berenti bercakap dengan aku.. boleh kata kalau dia cakap semua org dalam bas leh dengaq laa.. nasib laa orang siam x paham bahasa melayu.. dari aku duk layan dia baik aku duk diam.. uncle nie terlebih friendly laa plak.. Perjalanan kami dari Hatyai ke bangkok plak punya laaa lagi lama.. sampai 14-15 jam mcm tu.. dah laa kerusi x leh turun belakang.. aduh pening kepala aku.. kena letak kepala atas table depan aku plak.. dengan driver pasang lagu siam dengan kuat.. ade minat salleh nie x puas hati.. mintak driver suruh pelahankan.. memang laaa patut sbb terlampau bising sgt..

Tepat kul 7.30 bagi kami sampai di bandar bangkok.. terkejut jugak laa tengok bandar dia yang besar x ingat.. aku rasa kl besar.. padahal dia lagi besar maju tu kalau nak diikutkan KL lagi maju.. benda yang x bestnya bas yang kami naik tu.. turunkan semua penumpag kat stesen minyak.. bukan stesen bas,, aku dah mula cuak dengan mukhriz.. "apsal laa x turunkan kat stesen bas".. mana laa kitorang tau.. nak tanya org lagi 1 masalah sbb komunikisi antara dua makhluk nie.. x sama.. dah mcm itik dengan ayamm,, ape dia cakap aku pon x paham.. bayangkan laa kalau korang duk tempat kami time tu.. tah mana tempat.. kami pon x pasti mana sati centrel city bangkok.. waktu tu rasa give up datang..kepala duk pikir "ahh aku x kira aku nak balik Malaysia gak.. mana tak tahan org jek.. tanya boleh cakap English x ?.. semua boleh katakan gelabah x ingat kalau boleh nak elakkan dari kami.. 2 kali tukar bas.. naik bas pertama.. bler cakap jek BI.. satu bas dari depan sampai belakang tengok aku & moqh... dah mcm aku nie org luar biasa.. bas ke dua tu lebih kurag sama.. terpaksa turun balik.. dah masam muka masing2.. tambah plak dgn letih .. nampak CYBERCAfe kat depan.. untuk laa ade CC kat situ.. pe lagi serang situ cari maklumat detail pasal bangkok.. dan alhamdulillh kami x de masalah lagi.. sbb ade org yang sanggup tolong kami.. Masuk 7e nasib laa minah siam tu leh cakap BI skit2.. dapat jugak kami naik bas p ke stesen.

Di stesen kami ingat semua dah selamat.. rupanya x lagi.. cakap dengan mukhriz "mak oiii mcm mana nak baca semua tulisan terbalik( THAI).. masalah gak tu.. nak bercakap lagi laa masalah dah mcm org bisu.. mmg banyak dugaan jugak.. bler kami pikirkan pengalaman pertama kami yang paling mencabar dan seronok.. dari stesen tu gak kami dpt jugak bas ke floating market.. .pengalaman naik bas lompat tersangat best.. nak ke floating market dari bangkok ambik masa 2 jam perjalanan..ke samut sokhran.. punya laa commercialnya pelancongan Thai.. bas tu siap antar sampai ke tempat bot.. Dari kawasan bot ke floating market kami terpaksa ambik bot.. dengan tambang memula dia kata setiap orang RM50 terkejut gak laa.. kami g sana bukan nak beli barang nak ambik gamb.. then kami blah.. cakap dengan dia kami jalan kami jek kat sana.. ade plak ayat dia .. katanya jauh padahal x jauh.. terpaksa bayar rm30..

Bab pasal makanan Halal di bangkok bukan senang nak cari.. tp kalau orang yang dah lama dtg mesti dia tau kat area mana.. punya 1 hari suntuk x jamah nasik.. akhirnya sampai gak kami kat kedai mak milah makan Muslim.. langkah jek masuk kat kedai tu.. aku rasa mcm balik semula ke malaysia.. mana x owner pasang lagi sharifah aini.. rasa mcm kat malaysia. plak..

Tu laaa kami pikir kami ade banyak buat salah masa time perjalanan kami ke bangkok.. insyallah mungkin lain masa,, kami aka n atarukan yang terbaik.. bagi sesapa yang berminat nak buat mcm kami tu.. dipersilakan & beranikan diri anda sendiri.. dan percaya laa cakap aku.. bukan senang kita nak travel dengan cara bag packers.. dari perjalanan tu jugak laa banyak ajar kami.. mcm2 sabar jelaa... biler berdepan dgn keadaan lost.. x tau arah tuju.. then dengan orang thai yang x boleh bercakap BI. Kat Bangkok jugak laa kami dapat kawan baru nama dia Mr Pepsi.. driver teksi yang baik gler dengan kitorang..dalam keadaan ayam dengan itik kami still leh bercakap.. so nak bagi dia ingatkan mana aku dengan mukhriz.. tercetus laa idea kami nak letak nama kami sendiri.. dia cakap nama dia Mr pepsi.. aku letak nama aku Mr Coke dan mukhriz plak Mr. Fanta hahaha.. kalau dia x paham cakap kami.. dia blur kejap.. then hentak kepala dia kat stereng keta.. hahaha.. memang kelakar.. sampai nak cakap umur dia siap tunjuk jari.. baru kami paham dia kata umur dia baru 22 thn..



Mungkin 1 masa kami ke Bangkok kami akan cari dia lagi.. dia ade cakap kalau datang Bangkok Call Dia ,dalam hati aku.. nak call mcm mana sedangkan berdepan dgn dia pon mcm ayam dengan itik.. nie plak nak call.. bahasa pe plak aku nak pakai.. kena pakai nada bit kot.. Pepun pengalaman kami kat sana memang best... kami suruh hantar ke train stesen pon dia x paham apa tu Train.. last2 Mukhriz dengan terrer pakai bahasa sendiri .. bahasa bunyi keretapi baru laa dia paham haha.. pepun mr. pepsi, mr coke & Mr Fanta akan ingat ko sampai bler2


Time nie aku dengan Mr Pepsi kat Ayutthaya, Bangkok

Alhamdulillah Kami Sampai Di Malaysia dengan selamat.. x de kemalangan yang jadi.. balik dengan sihat.. bler dah sampai kat border Malaysia-Thailand... lapang dada then Hilang habis perasaan rindu kat tempat sendiri.. Insyallah Kalau Rezeki lagi sampai laa lagi kat Thailand.. untuk next trip kena tunggu laa destinasi seterusnya..


UDEYISMAIL
Senior Photographer
Candid Syndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel / Fax 03-80766878 / 012-2723510
Email : udeyismail@candidsyndrome.com
Official Website : http://www.udeyismail.com
Photo Stock : http://www.flickr.com/photos/udeyismail
YM : student_critical


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net