THE WEDDING PHOTOGRAPHER | UDEYISMAIL|

By: udeyismail Wedding Photojournalist

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 6-Mar-2008 19:17 Email | Share | Bookmark
Rindu korang semua





Dalam Minggu nie aku duk teringat jek kat diorang semua nie.. tah mcm mana plak leh ingat kat diorang.. mungkin aku duk pikir pasal next plan nak g melawat rumah-rumah anak yatim.. Seronok dapat melawat diorang nie.. Semalam Tanya Rahman "Rahman Ko rindu x kat diorang nie".. Rahman cakap "Ala tunggu laa lepas election nie kita g melawat diorang".. Ingat rasenya kalau free nak gak melawat diorang.. sebelum nie ade plan dengan kawan yang lain nak wat keje-keje amal mcm nie lagi.. duk tanya orang kat mana rumah anak yatim yang dijaga org persendirian.. sampai skrg x de lagi.. so sesapa yang ada tolong la bagitau .. kalau boleh yang luar dari kawasan KL nie.. Kalau Sesapa yang sempat baca entry Pasal Anak-anak Cenderung balai nie mesti dia tau mcm mana masalah diorang semua.. Tak de family nak jenguk diorang .. so kitorang laa jadi family diorang nak g tengok2 diorang.. Thank kat mak long sbb bagi peluang kat kitorang datang melawat diorang semua nie.. duduk dan bercerita dengan diorang.. bagi diorang happy.. tempat nie lain daripada yang lain.. sbb kawasan dia dalam kampung.. seronok budak2 nie x de laa terkongkong sangat.. leh memain.. kalau pegi pon bukan kitorang buat aktiviti ape pun.. cuma nak rasa dan teman diorang jek.. buat pe pe aktiviti yang diorang buat.. seronok sgt.. mcm2 perangai.. sampai time nak sembahyang subuh kitorang plak kena kejutkan dengan diorang.. hehe mmg seronok

Sebelum nie mak long ade telefon kalau ade pape majlis kat sana.. mak long jemput datang g teluk intan.. tp masa waktu 2 x mengizinkan.. bulan lepas mak long cakap adik-adik nie ade yang terpilih untuk g umrah.. Mak long cakap dalam 10 orang menang tilawah al-quran.. insyallah diorang dapat g umrah secara percuma.. Baiknya hamba Allah yang bagi peluang kat adik-adik nie Murah Rezeki diorang nie..Bukan Senang nak dapat peluang mcm tu.. Walaupun Hidup yang diorang pernah alami sebelum masuk kerumah tu.. buruk tuhan tetap sayangkan diorang.. tak de sokongan keluarga so kita laa orang yang patut bagi semangat untuk diorang terus berusaha.. dan cerita kisah sedih diorang rasa mcm x sampai hati pulak.. Mak long bgtau Mak long nak hantar balik sorang adik nie kat mak dia.. mak adik nie merayu kat mak long suruh mak long jaga dia dan pimpin dia bebaik.. yelaa mak adik nie cacat.. lepas tu masalah kemiskinan.. mcm mana nak jaga .. So Mak long Berharap sangat suruh kitorang datang n bagi semangat untuk diorang semua nie.. kadang kesian jugak kat mak long terpaksa jaga 40 orang adik-adik nie.. ade yang nakal sampai susah nak bentuk.. nak pukul x boleh ermm ..

Insyallah kalau ade masa panjang umur dan murah rezeki ingat nak wat kenduri skit untuk bebudak nie.. bagi diorang seronok bler kitorang g melawat diorang nie.. X sabar nak g tengok diorang dan x sabar nak g tengok amira.. bagi yang terlepas nak baca entry boleh laaa baca http://udeyismail.fotopages.com/?&page=22 dan page2 yang kebelakang .. pepun selamat membaca.. dan spare kain nak lap air mata... dinasihatkan yang ade penyakit sensitif jgn baca k..

Happy 2nd Anniversary



Hari nie genap 2 tahun aku jadi sorang photographer.. 2 tahun tu bukan jangka masa yang panjang.. kira masih mentah laa kalau 2 tahun.. tapi bangga dengan tahap yang aku capai sekarang. dalam masa 2 tahun tu laa mcm-mcm dugaan nak jadi yang terbaik . Tak Semua yang kita boleh dapat dengan cara yang senang.. Aku bukan anak orang kaya pon tak de modal berpuluh ribu..

Dulu sebelum saya jadi photographer tak pernah dan tak sangka boleh jadi photographer mcm sekarang nie.. dengan kamera pinjam yang pinjam dari SN dan saya rasa bertuah bila orang dapat bagi pinjam kamera dari situ laa bermula dan Belajar pegang kamera punn dengan usaha sendiri dan tidak berpandukan buku manual sebab malas membaca hehe. Dalam beberapa wedding hanya menggunakkan 1 lens sahaja.. dan sampai sekarang lens tu still lagi saya gunakan utk wedding.. memang berjasa sangat nikkor 28-200mm.. waktu tu tu sahaja yang mampu.. nak beli equiment canggih x mampu.. gaji pon cukup makan jelaa.. ambik masa lama jugak nak beli flash.. dalam masa terdesak tu .. banyak benda yang saya belajar.. dan saya pegang kata nie.. “guna ape yang mampu” dan “Ketengahkan Kreativiti dan Motivasi yang ada.. bagi yang tak pernah jumpa saya.. mesti akan cakap udeyismail mesti pakai kamera Hebat.. kasi nie saya nak bagitau.. saya x pernah ade peralatan canggih Kamera Mahupun lens yang canggih Hanya dengan D70s + Nikkor 28-200 + wide Angle 10-20 mm tu laa jadi saksi semua tu.. sampai laa sekarang..Sapa kata camera x canggih x boleh dapat gambar best ?.. bukan kedekut tapi latihkan diri dengan kesusahan. Dengan kamera & lens tu jugak saya dah berjalan jauh.. dari kampung ke luar negara.. dari Majlis Perkahwinan Orang Biasa sampai ke Orang kenamaan. Dari Situ laa bermulanya semangat dan keyakinan saya untuk terus lebih berjaya dari masa ke sesama… Dari apa yang saya belajar.. Daripada Motivasi diri saya belajar untuk melihat.. KREATIVITI

Bila saya berdiri dan bergerak di dalam CS team banyak benda yang saya belajar tentang Motivasi diri.. Bagaimana nak Menyakin diri sendiri.”Kita Pasti boleh buat apa yang kita nak “..Sepanjang pengalaman saya, saya x pernah sertai memana bengkel yang berkaitan dengan photography. dengan ilmu yang datang dari motivasi diri.. saya mampu lakukan yang terbaik.. semua nie bukan datang dari buku atau rujukan dari mana-mana website semua ini datang dari pada kesungguhan dan usaha sendiri.. Bukan senangkan ? . Dalam masa 1 tahun sahaja saya boleh lonjatkan diri sendiri dalam Wedding Photography dan nama disebut dan menjadi tersohor sampai ke luar negeri.

Terima kasih untuk semua yang banyak bagi sokongan kat aku.. korang semua jugak laa tulang belakang aku.. yang sedikit sebanyak membantu... Terima kasih bebanyak kat korang yang ikut perkembangan aku dari dulu sampai laa sekarang..



UDEYISMAIL
Senior Photographer
Candid Syndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel / Fax 03-80766878 / 012-2723510
Email : udeyismail@candidsyndrome.com
Official Website : http://www.udeyismail.com
Photo Stock : http://www.flickr.com/photos/udeyismail
YM : student_critical

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net